Posts

Showing posts from November, 2022

Kritikan Terhadap Filem

Image
Hari ini, saya menonton sebuah filem. Badang tajuk yang diberi. Saya tonton filem ini atas rekomendasi daripada rakan saya. Badang adalah salah seorang pahlawan yang terkenal pada masa dahulu di Johor. Sehingga ke hari ini, badang masih diingati oleh masyarakat disebabkan oleh kekuatannya yang mengagumkan semua pihak. Tetapi, apabila dijadikan sebuah filem. Musnah sudah identiti Badang itu. Watak Badang yang dilakonkan oleh Dato Alif Syukri itu sangat tidak sesuai diberikan kepadanya. Watak Badang dalam lagenda yang diceritakan adalah seorang lelaki muda yang kuat dan gagah walaupun berbadan tidak begitu besar. Tetapi, mengapa watak itu diberikan kepada lelaki yang berperwatakan seperti seorang lelaki lembut yang bagi tidak sesuai untuk dijadikan sebagai adiwira. Kostum yang dipakai sangat tidak sesuai kerana bagi saya identiti Badang itu sendiri tidak memerlukan kostum untuk dipakai. Identiti Badang yang mempunyai kuasa itu dibuka begitu sahaja. Padahal perkara itu sepatutnya dirahsia

Warisan Budaya

Image
Kota A Famosa merupakan satu bentuk peninggalan dari zaman penjajahan Portugis pada tahun 1511 yang masih kukuh dan utuh di Bandar Hilir, Melaka. Kota A Famosa yang juga membawa maksud sebagai Yang Termasyur dibina untuk menawan Kota Melaka pada zaman tersebut. Kubu yang dibina ini merupakan antara salah satu replika yang tertua yang terdapat di benua Asia. Masih tersergam indah dan menarik. Menjadi tarikan para pelancong untuk mengunjunginya. Replika yang digambaran di atas adalah Porta de Santiago atau Pintu Santiago. Hanya itu sahaja bahagian kubu yang masih kukuh dan utuh berdiri buat masa sekarang. Lima bulan masa diambil oleh pekerja-pekerja buruh Alfonso de Albuquerque untuk menyiapkan Kota A Famosa. kekuasaan yang ada pada tangan Alfonso de Albuquerque ditunjukkan melalui pembinaan Kota A Famosa di atas sebab-sebab warga Melaka pada ketika itu memberontak di atas penjajahan mereka. Kota A Famosa mempunyai ketebalan dindingnya setebal 2.4 meter sehingga 4.5 meter. Kota A Famosa

Buku Sastera

Image
Minggu ini, saya telah membaca sebuah novel bertajuk "The Khayalan Blue (sinsbreaker)". Penulisnya hanya dikenali dengan nama pena sahaja iaitu Elvroseth. Novel ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Zulaikha yang telah jatuh cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki Iris bermata biru yang bernama Yusof. Yusof merupakan seorang mualaf. Tetapi kehadiran Zulaikha kedalam hidupnya menjadikan hidupnya huru-hara dengan kelakuan Zulaikha yang selalu mengganggu dan mengodanya. Sehinggalah suatu malam mereka berdua ditangkap berdua-duaan seperti kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dimana Zulaikha telah memfitnah Yusof mencuba untuk melakukan perkara tidak baik kepadanya. Dan mereka dikahwinkan. Selepas dari kejadian itu, Yusof kembali menjadi seperti dirinya sebelum menjadi Muslim kerana tidak percaya dengan takdir Allah beri. Sedangkan dia sudah sehabis baik menjaga dirinya sebagai Muslim, tetapi kenapa Allah masih memberi ujian sebegitu berat kepadanya. Sebagai seoran

Tokoh Agama

Image
Assalamualaikum semua ... Hari ini, ingin saya kongsikan kepada kalian semua seorang tokoh agama yang telah saya gemari dan kagumi setelah sekian lama. Beliau adalah Ustaz Wadi Anuar. Beliau merupakan seorang penceramah bebas yang petah bicaranya lembut dan bersantun. Ada penonton, suka melihat cara pendakwah yang lembut. Sopan santun. Santai. Begitu jugalah saya. Kagumnya saya melihat cara beliau berdakwah. Ayat yang penuh kelembutan. Sangat meruntun jiwa. Terkesan di hati. Tiada kasarnya.  Para penonton sangat senangi. Sangat hormati. Sangat kagumi. Antara ayat yang saya suka daripada ceramah Ustaz Wadi Anuar adalah "Kita semua ada kesilapan. Kadang kita jatuh, kadang kita bangun. Kadang kita semangat, kadang kita lemah. Tetapi mereka kuat pergantungan dengan Allah, kuat tawakal dengan Allah. Maka jatuhnya tidak lama'. Sebagai manusia, sentiasa memerlukan pergantungan daripada Allah. Dengan Allah sahaja kita meminta-minta pertolongan. Dengan Allah sahaja kita mem

Kritikan Terhadap Drama

Image
Pada hujung minggu yang lalu, saya ada menonton sebuah drama. Drama tersebut bertajuk nur. Saya sebenarnya kurang gemar dengan drama-drama Melayu ini, tetapi saya cuba mencari cerita yang agak baik dan mendapat respon positif daripada penyampaian plot dan kisahnya. Drama nur ini mengisahkan tentang seorang wanita lorong atau dipanggil pelacur yang tinggal di kawasan pelacuran di Kuala Lumpur dan bertemu dengan seorang ustaz muda yang bernama Adam di sebuah masjid semasa menulis Nur sedang menulis soalan yang yang hendak ditanyakan kepada ustaz Adam semasa ustaz Adam memberi kuliah subuh. Setelah mengenali Nur dengan lebih mendalam, ustaz tersebut telah jatuh hati dengan perwatakan nur yang telah berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mencuba untuk bantu diri keluar daripada lorong maksiat itu. Akhirnya ustaz Adam berjaya membawa Nur keluar daripada lorong maksiat itu dengan mengahwini Nur walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga ustaz Adam.  Manfaa