Tokoh Agama


Assalamualaikum semua ...

Hari ini, ingin saya kongsikan kepada kalian semua seorang tokoh agama yang telah saya gemari dan kagumi setelah sekian lama.
Beliau adalah Ustaz Wadi Anuar.
Beliau merupakan seorang penceramah bebas yang petah bicaranya lembut dan bersantun.
Ada penonton, suka melihat cara pendakwah yang lembut. Sopan santun. Santai.
Begitu jugalah saya.

Kagumnya saya melihat cara beliau berdakwah. Ayat yang penuh kelembutan. Sangat meruntun jiwa. Terkesan di hati. Tiada kasarnya. 
Para penonton sangat senangi. Sangat hormati. Sangat kagumi.

Antara ayat yang saya suka daripada ceramah Ustaz Wadi Anuar adalah "Kita semua ada kesilapan. Kadang kita jatuh, kadang kita bangun. Kadang kita semangat, kadang kita lemah. Tetapi mereka kuat pergantungan dengan Allah, kuat tawakal dengan Allah. Maka jatuhnya tidak lama'.

Sebagai manusia, sentiasa memerlukan pergantungan daripada Allah. Dengan Allah sahaja kita meminta-minta pertolongan. Dengan Allah sahaja kita memohon bantuan. 
Tanpa Tuhan Yang Maha Esa, kepada siapa lagi mahu kita harapkan? siapa yang mahu memberikan bantuan?
Sentiasalah berdoa kepada Tuhan supaya memberikan perkara yang baik-baik sahaja.
Sentiasalah berdoa kepada Tuhan supaya dikuatkan diri untuk menempuh ujian-ujian yang menimpa.

Banyakkanlah mendengar ceramah-ceramah daripada tokoh-tokoh agama terkenal.
Basuhkan jiwa untuk sentiasa berpegang teguh kepada suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.
Bentukkan iman yang kukuh untuk melawan hawa nafsu.
Muhasabah diri. Sentiasa istiqamah. Kuatkan pegangan.
Insha Allah. Dapat membantu diri yang serba lemah ini.

Itu sahaja dari saya hari ini.
Selamat Malam semua. Assalamualaikum ...

Comments

Popular posts from this blog

Buku Sastera

Isu Semasa

Isu Sastera