Isu Semasa
Tanggal 19 November 2022, Hari Sabtu,
Pilihan raya umum ke-15 dilakukan di seluruh negara Malaysia.
Tanggal 24 November 2022, Hari Khamis,
Dato Seri Anwar Ibrahim diumumkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan, 24 Tahun menunggu, akhirnya menjadi impian.
Tanggal 2 Disember 2022, Hari Jumaat,
Ahli-ahli kabinet Malaysia diperkenalkan.
Tahniah kepada yang dilantik.
Moga-moga kalian dapat membantu rakyat yang kesusahan.
Moga-moga kalian dapat mengawal keadaan negara ini.
moga-moga kalian dapat memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.
Menjadi menteri bukanlah semudah yang disangka,
Tanggungjawab yang diberi hendaklah digalas dengan baik,
Janganlah sesekali merobek kepercayaan rakyat.
Semoga sinar baru dapat merubah keadaan negara yang semakin memburuk,
Jalani tugas dengan amanah, berintegriti dan saksama,
Bukanlah ayat yang hanya sekadar di bibir,
Kotakanlah janji yang telah diberi.
Kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri yang telah dilantik, semoga Tuhan memberi kekuatan untuk menempuh cabaran dan dugaan.
Tiada kerja yang mudah, namun ia boleh diselesaikan dengan baik. Semoga harapan rakyat dapat dilaksanakan.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik.
Kepada rakyat Malaysia, jadilah insan yang berguna. Janganlah bergaduh sehingga menaikkan sentimen keagamaan.
Janganlah lupa bahawa kita ini hidup di bawah satu negara yang berbilang kaum.
Pupuklah sikap perpaduan itu. Janganlah membenci. Janganlah mengkeji.
Tanamkan dalam diri, kita mampu bangkit bersama-sama tidak kira parti mana yang kita sokong dan sukai menjadi pemimpin.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Ingatlah ayat ini.
Tanam dan pasakkan di dalam minda dan hati.
Comments
Post a Comment