Buku Sastera

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1n0ZnjkeQjk7PclLq_X0EfbkoyYDSCJVm

Hai semua ..

Semalam baru saya habiskan membaca sebuah novel yang popular oleh penulis popular dari kelahiran Sumatera.
Novel terkenal tersebut bertajuk "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" oleh Hamka.

Siapa sahajalah yang tidak mengenali Hamka?
Betapa ruginya kalian.
Ambillah masa yang ada, bacalah karya-karya Hamka.
Pelbagai pengajaran yang bisa kalian perolehi.

Tetapi hari ini, saya cuma ingin menceritakan tentang karya Hamka yang pernah mengalami fenomena popular ini.
Sehingga sekarang, karya ini masih dicari dan dibaca oleh orang.

Novel ini sebenarnya sudah diadaptasi kepada sebuah filem dengan berjudulkan tajuk yang sama.
Pernah juga mengalami fenomena popular filem tersebut.
Apa yang hendak kita hairankan, membaca karyanya sahaja sudah begitu mengagumkan apatah lagi apabila diadaptasi kepada filem.
Susunan ayat di dalam novel ini sangat menusuk dan indah. Walaupun ada beberapa perkataan yang kurang difahami kerana ditulis dalam bahasa Indonesia.
Apapun, novel ini telah mendapat tempat di hati saya kerana saya suka dengan penceritaan dan plot yang dibawa oleh Hamka.
Ya, benar sekali novel ini. Seperti realitinya. Burung enggang dan burung pipit tidak bisa terbang bersama. Itulah yang dimaksudkan di dalam novel ini.

Novel yang mengisahkan percintaan dua orang anak muda yang telah jatuh cinta tetapi terhalang oleh pangkat dan status. Watak perempuan yang berkahwin dengan lelaki yang kaya pilihan hatinya. Manakala, watak lelaki pula masih menunggu kehadiran wanita yang dicintai sehingga telah menjadi seorang saudagar yang berjaya. Pertemuan semula mereka telah membuahkan bibit penyesalan kepada si wanita kerana telah meninggalkan dan tidak mempertahankan cintanya. Suami yang dinikahinya itu telah mengalami masalah kewangan dan muflis. Maka, dia meninggalkan isterinya, Hayati untuk dijaga oleh Zainudin. Siapa sangka, di akhir cerita, wanita yang dicintainya itu telah meninggalkan dirinya kerana berlakunya sesuatu di kapal. Oleh sebab itu, judul yang diberi pada novel ini adalah "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck".

Novel ini membuatkan kita mempelajari bahawa cinta bagaimanapun kita terhadap seseorang jika itu bukan jodoh yang ditetapkan maka, di situ sahajalah hubungan itu.
Sejauh mana pon kita cintakan seseorang, tetap pangkat dan status lebih diutamakan demi menjaga maruah keluarga.

Kegagalan dalam percintaan tidak bermaksud kita akan gagal selamanya.
Bangkitlah dari kejatuhan. Tidak selamanya kita akan berada di bawah.
Tepislah segala anasir-anasir jahat yang mendatang.
Tetaplah semangat walaupun dikecewakan.
Berilah peluang kepada diri sendiri untuk berjaya.
Tunjukkanlah bahawa manusia yang dahulunya dihina dan dicerca mampu berjaya.

Comments

Popular posts from this blog

Buku Sastera

Isu Semasa

Isu Sastera