Kritikan Terhadap Drama
Pada hujung minggu yang lalu, saya ada menonton sebuah drama. Drama tersebut bertajuk nur. Saya sebenarnya kurang gemar dengan drama-drama Melayu ini, tetapi saya cuba mencari cerita yang agak baik dan mendapat respon positif daripada penyampaian plot dan kisahnya.
Drama nur ini mengisahkan tentang seorang wanita lorong atau dipanggil pelacur yang tinggal di kawasan pelacuran di Kuala Lumpur dan bertemu dengan seorang ustaz muda yang bernama Adam di sebuah masjid semasa menulis Nur sedang menulis soalan yang yang hendak ditanyakan kepada ustaz Adam semasa ustaz Adam memberi kuliah subuh. Setelah mengenali Nur dengan lebih mendalam, ustaz tersebut telah jatuh hati dengan perwatakan nur yang telah berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mencuba untuk bantu diri keluar daripada lorong maksiat itu. Akhirnya ustaz Adam berjaya membawa Nur keluar daripada lorong maksiat itu dengan mengahwini Nur walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga ustaz Adam.
Manfaat yang didapati dari drama ini adalah banyak terselit nasihat tentang kewujudan Allah SWT dan pengajaran di mana tidak semestinya seseorang itu alim mereka akan kekal mulia di mata Allah disebabkan oleh kejahilan yang mereka lakukan terhadap seseorang yang ingin berubah kerana Allah. Janganlah kita sombong dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Pada awal cerita, saya sangat suka dengan keadaan pelakon yang tidak bersentuhan sesama mereka. Mungkin itu hendak menunjukkan bahawa mereka belum berkahwin mengikut plot drama tersebut. Tetapi apabila sudah sampai plot di mana mereka sudah berkahwin, pelakon sudah mula bersentuhan. Saya tidak bersetuju untuk adegan tersebut kerana dalam Islam, wanita dan lelaki Islam bukan mahram tidak boleh bersentuhan. Ia akan menunjukkan pandangan yang tidak baik kepada para penonton seolah-oleh perkara itu adalah betul dan akan menjadi ikutan jika drama ini ditonton oleh kanak-kanak atau remaja di bawah umur.
Pada pendapat saya, drama ini tidak sesuai untuk ditontonkan kepada kanak-kanak atau remaja yang berusia 17 tahun ke bawah kerana ada beberapa adegan yang tidak senonoh untuk menunjukkan kerja-kerja pelacuran tersebut dan penggunaan beberapa perkataan yang tidak baik dan tidak elok untuk didengarkan atau lebih tepatnya adalah perkataan yang agak lucah serta kata-kata kasar. Seeloknya, elakkan anak-anak anda semua daripada menonton drama-drama begini.
Sebuah karya yang baik tidak semestinya perlu memasukkan adegan-adegan tersebut. Mungkin pada zahirnya terlihat seperti memberi pengajaran kepada semua orang tentang aktiviti-aktiviti pelacuran, penipuan dan sebagainya. Tetapi itu bukanlah satu tiket pelepasan untuk para pengarah mengeluarkan drama yang mempunyai adegan bersentuhan menunjukkan aktiviti pelacuran itu.
Itu sahaja dari penulisan blog saya pada hari ini. Perkongsian serba sedikit tentang drama popular yang pernah menjadi kegilaan masyarakat dahulu.
Sekian sahaja daripada saya, Assalamualaikum ...
Comments
Post a Comment