Warisan Budaya
Kota A Famosa merupakan satu bentuk peninggalan dari zaman penjajahan Portugis pada tahun 1511 yang masih kukuh dan utuh di Bandar Hilir, Melaka.
Kota A Famosa yang juga membawa maksud sebagai Yang Termasyur dibina untuk menawan Kota Melaka pada zaman tersebut.
Kubu yang dibina ini merupakan antara salah satu replika yang tertua yang terdapat di benua Asia.
Masih tersergam indah dan menarik.
Menjadi tarikan para pelancong untuk mengunjunginya.
Replika yang digambaran di atas adalah Porta de Santiago atau Pintu Santiago.
Hanya itu sahaja bahagian kubu yang masih kukuh dan utuh berdiri buat masa sekarang.
Lima bulan masa diambil oleh pekerja-pekerja buruh Alfonso de Albuquerque untuk menyiapkan Kota A Famosa.
kekuasaan yang ada pada tangan Alfonso de Albuquerque ditunjukkan melalui pembinaan Kota A Famosa di atas sebab-sebab warga Melaka pada ketika itu memberontak di atas penjajahan mereka.
Kota A Famosa mempunyai ketebalan dindingnya setebal 2.4 meter sehingga 4.5 meter.
Kota A Famosa ini sebenarnya sangat luas pada zaman itu.
Kukuh dan utuhnya bangunan itu berdiri sehingga mampu menepis segala bentuk serangan yang mendatang terutamanya dari serangan pasukan Belanda.
Ketika itu, Belanda juga ingin menakluki Melaka.
Tetapi Portugis berjaya ditumpaskan oleh Belanda.
Kota A Famosa yang dibina mengalami kerosakan dan runtuhan yang teruk disebabkan oleh serangan yang dilakukan oleh pasukan Belanda.
Bangunan yang rosak dibaik pulih dan dibaiki oleh Belanda semula.
Tugas pihak berkuasa pada abad ini hanyalah perlu sentiasa menjaga kelestarian dan keutuhan replika yang dtinggalkan.
Sentiasalah membaikpulih dan menambahbaik tinggalan itu.
Untuk menarik kedatangan pelancong.
Untuk memberi peluang kepada generasi muda mengenal dan mengetahui tentang sejarah yang berlaku.
Untuk generasi muda melihat dengan sendirinya bangunan tersebut di depan mata.
Comments
Post a Comment