Kritikan Terhadap Filem

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Kn-QrpiM2ZfwdNUiNy_Mlnh-jde1T8Ws

Hari ini, saya menonton sebuah filem.
Badang tajuk yang diberi.
Saya tonton filem ini atas rekomendasi daripada rakan saya.

Badang adalah salah seorang pahlawan yang terkenal pada masa dahulu di Johor.
Sehingga ke hari ini, badang masih diingati oleh masyarakat disebabkan oleh kekuatannya yang mengagumkan semua pihak.

Tetapi, apabila dijadikan sebuah filem.
Musnah sudah identiti Badang itu.

Watak Badang yang dilakonkan oleh Dato Alif Syukri itu sangat tidak sesuai diberikan kepadanya.
Watak Badang dalam lagenda yang diceritakan adalah seorang lelaki muda yang kuat dan gagah walaupun berbadan tidak begitu besar.
Tetapi, mengapa watak itu diberikan kepada lelaki yang berperwatakan seperti seorang lelaki lembut yang bagi tidak sesuai untuk dijadikan sebagai adiwira.
Kostum yang dipakai sangat tidak sesuai kerana bagi saya identiti Badang itu sendiri tidak memerlukan kostum untuk dipakai.
Identiti Badang yang mempunyai kuasa itu dibuka begitu sahaja. Padahal perkara itu sepatutnya dirahsiakan supaya tidak mengancam keselamatan siapa sahaja orang terdekat kita.
Keganasan yang dipaparkan terhadap wanita sepatutnya tidak ditayangkan. Walaupun hanya sekadar filem, itu boleh menyebabkan sesetengah wanita akan berasa takut dengan lelaki.

Filem Badang ini juga mendapat kritikan seperti hendak muntah apabila menonton dan dikatakan seperti karya "sampah".
Filem ini seolah-olah tidak menunjukkan lagenda yang secara fakta daripada cerita yang diberitahu.
Bukankah lebih menarik sekiranya filem adiwira seperti itu dilakonkan mengikut cerita yang telah dipaparkan.
Pastinya para pencinta filem akan menonton filem tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Buku Sastera

Isu Sastera

Warisan Budaya