Buku Sastera



Minggu ini, saya telah membaca sebuah novel bertajuk "The Khayalan Blue (sinsbreaker)".
Penulisnya hanya dikenali dengan nama pena sahaja iaitu Elvroseth.
Novel ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Zulaikha yang telah jatuh cinta pandang pertama terhadap seorang lelaki Iris bermata biru yang bernama Yusof. Yusof merupakan seorang mualaf. Tetapi kehadiran Zulaikha kedalam hidupnya menjadikan hidupnya huru-hara dengan kelakuan Zulaikha yang selalu mengganggu dan mengodanya. Sehinggalah suatu malam mereka berdua ditangkap berdua-duaan seperti kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dimana Zulaikha telah memfitnah Yusof mencuba untuk melakukan perkara tidak baik kepadanya. Dan mereka dikahwinkan. Selepas dari kejadian itu, Yusof kembali menjadi seperti dirinya sebelum menjadi Muslim kerana tidak percaya dengan takdir Allah beri. Sedangkan dia sudah sehabis baik menjaga dirinya sebagai Muslim, tetapi kenapa Allah masih memberi ujian sebegitu berat kepadanya.

Sebagai seorang yang beragama Islam, batas-batas pergaulan perlulah dijaga.
Sebab itu adanya pesanan "Tundukkanlah pandangan kamu".
Ya. Pesanan itu bagus untuk dijadikan iktibar di dalam novel ini.
Dengan menjaga pandangan kita dapat mengawal diri dari hawa nafsu yang mengganas.
Hasutan syaitan itu benar. Tidak semua mampu menepis. Tetapi kita boleh mencuba.
Banyakkan berzikir. Insha Allah. Itu dapat membantu diri.

Satu perkara yang saya kagumi dengan penulisan novel ini adalah cara penulis ini menggarap ayat-ayat yang begitu indah apabila dibaca.
Ditambah pula dengan ayat-ayat Islamik dan contoh daripada cerita Islamik dari kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha yang dijadikan sebagai pengajaran dalam novel ini.
Saya sangat gemari ayat-ayat Islamik yang diolah. Perkataan yang digunakan juga sedap mata memandang untuk meneruskan pembacaan.
Olahan ayat yang digarap begitu cantik, indah dan menarik apabila dibaca.
Tidak membosankan. Malah membuatkan kita terasa ingin membaca.

Tetapi, satu perkara yang telah membuatkan saya rasa tidak perlu dimasukkan adalah hubungan intim yang bagi saya terlalu mendalam.
Tidak bagus untuk pembacaan remaja dibawah umur. 
Kerana novel ini juga dikatakan banyak penggunaan ayat-ayat yang sensual dan agak lucah.

Kurang saya fahami sekarang, mengapa penulis perlu memasukkan bahagian-bahagian keintiman itu?
Adakah pembacaan begini yang digemari oleh anak muda zaman sekarang?
Pengunaan kata sensual yang menghairahkan. Yang mampu merangsang nafsu syahwat seseorang itu ketika membaca.
Apakah sebenarnya mesej daripada penggunaan bahagian sensual tersebut?
Sekadar menjadi penyedap cerita?
Atau untuk menghasut pembaca supaya menyukai genre novel romantis yang sebegitu?

Sejujurnya saya tidak pasti.
Hanya penulis novel ini yang mampu menjawab persoalan ini.

Itu sahaja dari saya untuk malam ini.
Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Isu Semasa

Isu Sastera