Lokasi Yang Dikunjungi

Sabtu, 21 Januari 2023

Saya bersama keluarga telah mengunjungi sebuah tempat yang dinamakan Dataran Sejarah Ayer Keroh yang bertempat di Melaka.
Saya yang sudah sememangnya anak kelahiran Melaka yang sejati, sudah semestinya perlu mengunjungi tempat-tempat yang berada di negeri kelahiran sendiri.
Tiada apa yang perlu dibanggakan berbanding negeri sendiri yang juga selalu menjadi tempat percutian daripada orang negeri luar sehingga Melaka dinamakan sebagai "Darul Traffic Light" oleh sesetengah orang.

Melaka mempunyai banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik.
Oleh kerana itu, Melaka selalu mengalami kesesakan lalu lintas.
Tetapi, itu bukanlah suatu masalah yang perlu kita bimbangkan.
Cukuplah dapat menikmati perjalanan dan mengenali tempat-tempat tersebut dengan pandangan mata kita sendiri. Itu sudah memadai.

Dataran Sejarah Ayer Keroh ini dilimpahi dengan pelbagai kaum.
Tidak kira pelbagai bangsa, semuanya bahagia bersama keluarga tersayang, teman rapat dan orang yang tersayang.
Dicahayai dengan pelbagai jenis lampu-lampu yang bersinar menerangi dataran tersebut.
Merah, Biru, Putih, Kuning dan pelbagai warna lainnya.
Menarik perhatian semua orang.
Antara tempat yang menarik untuk bergambar, menyimpan memori dan mencipta kenangan bersama.

Kebahagian bersama keluarga adalah sebuah nikmat dari kurniaan Allah SWT yang perlu kita nikmati dan hargai saat-saat bersama orang tersayang.
Ciptakanlah momen bahagia bersama.
Jadikanlah kenangan itu, kenangan yang akan anda ingati. Kenangan yang tidak pernah akan kalian lupakan. Malah, sentiasa berada di memori anda.

Di sini saya selitkan beberapa buah gambar untuk tontonan anda semua ...


Cantik dan indah lampu yang bercahaya di dalam gambar itu.
Gambar yang ditangkap terpancar sinar kebahagiaan sesebuah keluarga.
Jadikanlah itu potret terindah untuk sepanjang hidup.
Kebahagiaan kekeluargaan. Itu sudah cukup.

Itu sahaja daripada saya.
Assalamualaikum semua ...

Comments

Popular posts from this blog

Buku Sastera

Isu Semasa

Isu Sastera