Lokasi Yang Dikunjungi

Isnin, 19 Disember 2022

Saya dan rakan-rakan seperjuangan Bacelor Pengajian Bahasa Jerman serta pensyarah kami yang lebih mesra dipanggil Frau Nana telah bersama-sama mengunjungi Balai Seni Negara.
Tujuan utama kami adalah untuk melakukan tinjauan terhadap seni-seni yang berada di Balai Seni Negara itu untuk membuat video kritikan terhadap seni yang bakal kami pilih.

Kami bersama-sama menaiki mrt seramai 16 orang, berjalan kaki dan berpanas-panasan menuju ke Balai Seni Negara.
Terlihat pelbagai jenis seni yang dipertontonkan. Ada seni peragaan pemakaian, seni lukisan basah dan kering dan pelbagai.
Walaupun penat dan lelahnya tubuh badan, tetapi momen dan kenangan indah bersama dapat dirakamkan. Itu sudah lebih dari cukup.
Kebahagiaan bersama itu lebih bermakna untuk dijadikan pengalaman yang boleh dikatakan menarik bagi saya.

Usai habis meronda di dalam Balai Seni Negara, kami merancang untuk ke tempat seterusnya iaitu Pavilion yang terletaknya di Bukit Bintang.
Tetapi, tidak semua yang mengikuti Frau Nana untuk menikmati makanan di situ. Kami berpecah kepada dua kumpulan.
Separuh dari kami pergi ke KLCC.
Sementara saya dan rakan-rakan lain yang mengikuti Frau Nana dijamukan dengan manisan dari Turki yang dipanggil Kunafa.
Saya telah memesan nasi goreng pattaya. Alhamdullilah, nikmat Allah beri. Sedap masakkannya.

Di sini saya selitkan beberapa gambar untuk tontonan anda ..


Sekian sahaja perkongsian dari saya untuk penulisan blog hari ini, Assalamualaikum ...

Comments

Popular posts from this blog

Buku Sastera

Isu Semasa

Isu Sastera