Kritikan Terhadap Filem

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1VEQAf2BsP3iQP-YSMV-PpN7Qx0WxOJeB

Assalamualaikum semua ...

Ingin saya beritahu kepada anda semua, silalah pangkah awal-awal filem Pulau ini.
Filem sebegini mahu dijadikan tontonan? Mahu ditayangkan kepada seluruh negara?
Mengandungi babak tidak senonoh yang berunsurkan seksual.
Artis perempuan berpakaian yang tidak elok.
Sudah cukup sakit mata untuk melihat filem begini.

Apa motif utama filem ini dipersembahkan?
Sekadar hanya mahu meraih populariti?
Atau keuntungan yang sudah tentu tidak bagus dengan cara mempromosi filem yang tidak elok?

Dimanakah letaknya maruah dan malu pihak produksi?
Dimanakah letaknya maruah dan malu semua artis-artis yang terlibat?
Demi bayaran? Sanggup memperjudikan maruah dan malu.
Kebanyakan artis yang terlibat adalah Melayu dan beragama Islam.
Dimanakah letaknya perasaan malu itu?
Sudah tiada di dalam diri?

Bagaimana filem sebegini boleh terlepas?
Adanya adegan-adegan lucah dan seksual.
Tidak bagus untuk tontonan orang-orang di luar sana.
Lihat sahaja poster filem ini, sudah kita tahu bahawa adanya adegan tidak elok untuk dipertontonkan kepada masyarakat.

Filem sebegini juga boleh membuatkan manusia lupa diri.
Yang salah ditegakkan, yang benar ditolak.
Mana yang benarnya filem ini sehingga perlu ditayangkan?
Hanya sekadar hiburan? Melalaikan semua pihak?
Dimanakah pengajaran yang dapat diperoleh melalui filem sebegini?

Boikot filem Pulau.
Jangan ditonton filem yang tidak senonoh.
Jangan pernah membiarkan diri anda menonton perkara-perkara yang tidak elok.
Sebaiknya, elakkanlah diri anda dari terjebak dengan filem-filem yang boleh membuatkan nafsu syahwat anda mengganas.
Ingatlah bahawa seorang hamba yang baik terhadap Tuhannya adalah seseorang yang mampu menahan diri daripada hawa nafsu yang menggila di dalam diri.

Kepada pihak produksi,
Cukuplah sampai sini sahaja bentuk filem ini yang anda ketengahkan.
Cukuplah memalitkan dosa itu kepada semua orang.
Cukuplah segalanya. Tidak takutkah anda dengan amarah Tuhan?

Itu sahaja dari saya,
Selamat Malam semua ...

Comments

Popular posts from this blog

Buku Sastera

Isu Sastera

Warisan Budaya