Isu Sastera

Assalamualaikum semua ...

Ingin kutuliskan sesuatu perkara penting, soalnya amat penting yang perlu kuterapkan dalam minda anak-anak muda zaman moden ini.
Lebih-lebih lagi kepada penulis-penulis yang bakal menggantikan tempat-tempat pengarang sastera yang bagus-bagus waktu ini.

Sedang tular baru-baru ini seorang penulis novel popular bertajuk Darlingku Mr. Cold Mafia.
Dengarnya novel tersebut mendapat kecaman hebat dari pembaca-pembaca serta penulis-penulis sastera terkenal serata negara ..

Atas alasan apa?
Dikhabari bahawa novel popular tersebut membahaskan tentang "child grooming" atau dipanggil pedophilia dan penderaan kanak-kanak ..
Novel itu juga mempunyai unsur-unsur lucah yang tidak patut diperkatakan di dalam sesebuah buku sastera.

Kepada penulis-penulis di luar sana,
Jagalah batas konteks ayat anda semasa menulis,
Tidak perlulah sampai memasukkan unsur ayat lucah, penderaan dan seksual dalam karya anda,
Ketahuilah bahawa penulisan yang baik, mampu membantu anda.
Membawa amalan-amalan baik sekiranya anda tiada di dunia ini.

Hentikanlah mengetengahkan karya-karya yang berunsurkan "soft porn".
Zaman sekarang ini, terdapat ramai pembaca-pembaca dari kalangan remaja yang baru ingin mengenal dunia.
Apakah anda mahu merosakkan pemikiran mereka dengan perkara-perkara yang tidak elok itu?
Mereka juga akan beranggapan bahawa perbuatan sensual itu menarik.
Tetapi, pada hakikatnya, perkara sebegitu perlu dielakkan daripada merosakkan minda dan fikiran anak-anak muda.

Lihatlah sekarang,
Terlalu ramai anak muda yang sudah terpesong.
Terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak elok.
Pembacaan yang tidak elok juga antara punca mereka menjadi itu sebagai ikutan.
Mereka berfikiran perkara itu tidak salah, malah menarik untuk dijadikan sebagai hiburan diri.

Kepada penulis-penulis baharu di luar sana,
Dekatkanlah diri anda dengan mengenali sasterawan-sasterawan negara serta penulis-penulis sastera yang memenangi pelbagai hadiah sastera.
Lihat dan bacalah karya-karya agung mereka.
Adakah karya mereka berunsurkan porno? Adakah karya mereka berunsurkan kekerasan?
Tiada. Mereka tahu untuk menghargai sebuah buku sastera yang bagus dan menarik untuk dijadikan bacaan.
Sarat dengan titipan pesanan dan nasihat.
Pengggunaan ayat-ayat yang sesuai.
Penuh dengan pengajaran sehingga di akhir cerita.
Sesuai untuk semua bacaan bagi warga tua atau muda.
Jadikanlah mereka sebagai contoh yang baik untuk anda berkarya.

Comments

Popular posts from this blog

Buku Sastera

Isu Semasa