Warisan Budaya
Assalamuaikum semua ...
Hari ini saya akan menceritakan pula tentang sebuah warisan turun temurun yang masih kekal dan akan kekal sehingga bila-bila. Insha Allah.
Warisan tersebut adalah perayaan Hari Raya Aidiladha atau juga dipanggil Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji.
Umum mengetahui bahawa saban tahun perayaan ini akan disambut oleh setiap muslim di seluruh negara.
Perayaan ini sangat penting kerana membawa tujuan yang baik kepada seluruh umat Islam.
Tujuan Hari Raya Aidiladha atau dipanggil Hari Raya Korban adalah bagi menghormati hari di mana Nabi Ibrahim sanggup untuk mengorbankan anaknya atas perintah apa yang diberikan oleh Allah SWT.
Walaubagaimanapun, Allah telah menghadiahkan seekor kambing biri-biri untuk dikorbankan sebagai ganti kepada anaknya itu.
Manakala, tujuan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan tanda bahawa akhir bulan mengikut sistem kalendar Islam atau dikenali sebagai Kalendar Hijiriah.
Sambutan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah.
Hari Raya Haji diraikan oleh semua umat terutamanya bagi mereka yang sedang mengerjakan Ibadah Haji di Mekah.
Pada tarikh 11, 12, 13 dan 14 Zulhijjah adalah hari di mana umat Islam melakukan acara korban.
Daging-daging lembu atau kambing yang telah dikorbankan selalunya akan disedekahkan kepada penduduk-pendudukan setempat terutamanya golongan fakir miskin.
Pengajaran yang boleh diperoleh melalui perayaan ini adalah sebagai hamba Allah, kita perlulah sentiasa mentaati segala perintah Allah SWT. Oleh itu, akan didatangi dengan perkara baik yang tidak disangka-sangkakan.
Jangan pernah diragukan kekuasaan Allah SWT.
Jagalah iman anda semua.
Comments
Post a Comment