Posts

Showing posts from December, 2022

Warisan Budaya

Image
Assalamuaikum semua ... Hari ini saya akan menceritakan pula tentang sebuah warisan turun temurun yang masih kekal dan akan kekal sehingga bila-bila. Insha Allah. Warisan tersebut adalah perayaan Hari Raya Aidiladha atau juga dipanggil Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji. Umum mengetahui bahawa saban tahun perayaan ini akan disambut oleh setiap muslim di seluruh negara. Perayaan ini sangat penting kerana membawa tujuan yang baik kepada seluruh umat Islam. Tujuan Hari Raya Aidiladha atau dipanggil Hari Raya Korban adalah bagi menghormati hari di mana Nabi Ibrahim sanggup untuk mengorbankan anaknya atas perintah apa yang diberikan oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun, Allah telah menghadiahkan seekor kambing biri-biri untuk dikorbankan sebagai ganti kepada anaknya itu. Manakala, tujuan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan tanda bahawa akhir bulan mengikut sistem kalendar Islam atau dikenali sebagai Kalendar Hijiriah. Sambutan Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah. Hari Ra

Lokasi Yang Dikunjungi

Image
Isnin, 19 Disember 2022 Saya dan rakan-rakan seperjuangan Bacelor Pengajian Bahasa Jerman serta pensyarah kami yang lebih mesra dipanggil Frau Nana telah bersama-sama mengunjungi Balai Seni Negara. Tujuan utama kami adalah untuk melakukan tinjauan terhadap seni-seni yang berada di Balai Seni Negara itu untuk membuat video kritikan terhadap seni yang bakal kami pilih. Kami bersama-sama menaiki mrt seramai 16 orang, berjalan kaki dan berpanas-panasan menuju ke Balai Seni Negara. Terlihat pelbagai jenis seni yang dipertontonkan. Ada seni peragaan pemakaian, seni lukisan basah dan kering dan pelbagai. Walaupun penat dan lelahnya tubuh badan, tetapi momen dan kenangan indah bersama dapat dirakamkan. Itu sudah lebih dari cukup. Kebahagiaan bersama itu lebih bermakna untuk dijadikan pengalaman yang boleh dikatakan menarik bagi saya. Usai habis meronda di dalam Balai Seni Negara, kami merancang untuk ke tempat seterusnya iaitu Pavilion yang terletaknya di Bukit Bintang. Tetapi, tidak semua yan

Buku Sastera

Image
Hai semua .. Semalam baru saya habiskan membaca sebuah novel yang popular oleh penulis popular dari kelahiran Sumatera. Novel terkenal tersebut bertajuk "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" oleh Hamka. Siapa sahajalah yang tidak mengenali Hamka? Betapa ruginya kalian. Ambillah masa yang ada, bacalah karya-karya Hamka. Pelbagai pengajaran yang bisa kalian perolehi. Tetapi hari ini, saya  cuma ingin menceritakan tentang karya Hamka yang pernah mengalami fenomena popular ini. Sehingga sekarang, karya ini masih dicari dan dibaca oleh orang. Novel ini sebenarnya sudah diadaptasi kepada sebuah filem dengan berjudulkan tajuk yang sama. Pernah juga mengalami fenomena popular filem tersebut. Apa yang hendak kita hairankan, membaca karyanya sahaja sudah begitu mengagumkan apatah lagi apabila diadaptasi kepada filem. Susunan ayat di dalam novel ini sangat menusuk dan indah. Walaupun ada beberapa perkataan yang kurang difahami kerana ditulis dalam bahasa Indonesia. Apapun, novel ini telah

Isu Semasa

Image
Tanggal 19 November 2022, Hari Sabtu, Pilihan raya umum ke-15 dilakukan di seluruh negara Malaysia. Tanggal 24 November 2022, Hari Khamis, Dato Seri Anwar Ibrahim diumumkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan, 24 Tahun menunggu, akhirnya menjadi impian. Tanggal 2 Disember 2022, Hari Jumaat, Ahli-ahli kabinet Malaysia diperkenalkan. Tahniah kepada yang dilantik. Moga-moga kalian dapat membantu rakyat yang kesusahan. Moga-moga kalian dapat mengawal keadaan negara ini. moga-moga kalian dapat memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Menjadi menteri bukanlah semudah yang disangka, Tanggungjawab yang diberi hendaklah digalas dengan baik, Janganlah sesekali merobek kepercayaan rakyat. Semoga sinar baru dapat merubah keadaan negara yang semakin memburuk, Jalani tugas dengan amanah, berintegriti dan saksama, Bukanlah ayat yang hanya sekadar di bibir, Kotakanlah janji yang telah diberi. Kepada Perdana Menteri da