Posts

Showing posts from January, 2023

Kritikan Terhadap Filem

Image
Assalamualaikum semua ... Ingin saya beritahu kepada anda semua, silalah pangkah awal-awal filem Pulau ini. Filem sebegini mahu dijadikan tontonan? Mahu ditayangkan kepada seluruh negara? Mengandungi babak tidak senonoh yang berunsurkan seksual. Artis perempuan berpakaian yang tidak elok. Sudah cukup sakit mata untuk melihat filem begini. Apa motif utama filem ini dipersembahkan? Sekadar hanya mahu meraih populariti? Atau keuntungan yang sudah tentu tidak bagus dengan cara mempromosi filem yang tidak elok? Dimanakah letaknya maruah dan malu pihak produksi? Dimanakah letaknya maruah dan malu semua artis-artis yang terlibat? Demi bayaran? Sanggup memperjudikan maruah dan malu. Kebanyakan artis yang terlibat adalah Melayu dan beragama Islam. Dimanakah letaknya perasaan malu itu? Sudah tiada di dalam diri? Bagaimana filem sebegini boleh terlepas? Adanya adegan-adegan lucah dan seksual. Tidak bagus untuk tontonan orang-orang di luar sana. Lihat sahaja poster filem ini, sudah kita tahu bahaw

Lokasi Yang Dikunjungi

Image
Sabtu, 21 Januari 2023 Saya bersama keluarga telah mengunjungi sebuah tempat yang dinamakan Dataran Sejarah Ayer Keroh yang bertempat di Melaka. Saya yang sudah sememangnya anak kelahiran Melaka yang sejati, sudah semestinya perlu mengunjungi tempat-tempat yang berada di negeri kelahiran sendiri. Tiada apa yang perlu dibanggakan berbanding negeri sendiri yang juga selalu menjadi tempat percutian daripada orang negeri luar sehingga Melaka dinamakan sebagai "Darul Traffic Light" oleh sesetengah orang. Melaka mempunyai banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik. Oleh kerana itu, Melaka selalu mengalami kesesakan lalu lintas. Tetapi, itu bukanlah suatu masalah yang perlu kita bimbangkan. Cukuplah dapat menikmati perjalanan dan mengenali tempat-tempat tersebut dengan pandangan mata kita sendiri. Itu sudah memadai. Dataran Sejarah Ayer Keroh ini dilimpahi dengan pelbagai kaum. Tidak kira pelbagai bangsa, semuanya bahagia bersama keluarga tersayang, teman rapat dan orang yang ter

Isu Sastera

Assalamualaikum semua ... Ingin kutuliskan sesuatu perkara penting, soalnya amat penting yang perlu kuterapkan dalam minda anak-anak muda zaman moden ini. Lebih-lebih lagi kepada penulis-penulis yang bakal menggantikan tempat-tempat pengarang sastera yang bagus-bagus waktu ini. Sedang tular baru-baru ini seorang penulis novel popular bertajuk Darlingku Mr. Cold Mafia. Dengarnya novel tersebut mendapat kecaman hebat dari pembaca-pembaca serta penulis-penulis sastera terkenal serata negara .. Atas alasan apa? Dikhabari bahawa novel popular tersebut membahaskan tentang "child grooming" atau dipanggil pedophilia dan penderaan kanak-kanak .. Novel itu juga mempunyai unsur-unsur lucah yang tidak patut diperkatakan di dalam sesebuah buku sastera. Kepada penulis-penulis di luar sana, Jagalah batas konteks ayat anda semasa menulis, Tidak perlulah sampai memasukkan unsur ayat lucah, penderaan dan seksual dalam karya anda, Ketahuilah bahawa penulisan yang baik, mampu membantu anda. Memb